Sunday, January 8, 2012

PERMOHONAN KE TINGKATAN SATU ASRAMA 1 MALAYSIA 2012 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Dapatkan borang drp saya di bilik Kaunseling esok ye! Utk keterangan lanjut, sila berjumpa dgn saya segera..

PERMOHONAN KE TINGKATAN SATU ASRAMA 1 MALAYSIA 2012
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


SYARAT – SYARAT PERMOHONAN
I. Terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA sahaja.
II. Terbuka kepada SEMUA KAUM.
III. Pemohon mestilah LELAKI sahaja.
IV. Keputusan UPSR 2011 (5A/7A) atau minima 4A1B.
V. Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana
VI. Aktif dalam kokurikulum
VII. Pencalonan hendaklah dibuat oleh PENTADBIR sekolah menengah semasa di mana pemohon belajar.
VIII. Pemohon hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain (Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas dan
Kelas Aliran Agama).
IX. Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut :
a. Sijil lahir pemohon / kad pengenalan b. Slip gaji/penyata pendapatan ibubapa.
c. Keputusan UPSR 2011 (5A/7A atau 4A/1B)) d. Aktif dalam kokurikulum (Sertakan Salinan Sijil)
X. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD.


SEKOLAH – SEKOLAH PENEMPATAN BAGI PROGRAM ASRAMA 1 MALAYSIA :
BIL   NAMA SEKOLAH
1     SMK VICTORIA, KUALA LUMPUR
2     SMK METHODIST, KUALA LUMPUR
3     SMK ST. JOHN, KUALA LUMPUR


Catatan : 
1. Sila kemukakan semua permohonan dari sekolah tuan ke alamat berikut
pada atau sebelum 27 Januari 2012:
2. Catatkan di sebelah kiri sampul : ’PERMOHONAN ASRAMA 1 MALAYSIA’


PENGARAH,
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
ARAS 3 & 4, BLOK E2, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62604, PUTRAJAYA

No comments:

Post a Comment