Wednesday, February 29, 2012


PERMOHONAN DIPLOMA TAHFIZ DARUL QURAN 
Permohonan dibuka sekarang secara online -www.darulquran.gov.com
Tarikh tutup : 2 APRIL 2012
Making Government User-friendly - Government Information
www.darulquran.gov.com

Saturday, February 25, 2012

LEPASAN SPM...


Ramai pelajar masih keliru bagaimana untuk membuat pemilihan program pengajian di IPT, Politeknik atau ILKA. Sebagai panduan ringkas, anda boleh gunakan 5 Tip berikut - MINAT-TINJAU-PROSPEK-AKADEMIK-PILIH:

o MINAT - Tanya diri sendiri - apa Minat dan cita-cita anda?
o TINJAU - Tinjau apakah 3 bidang pengajian yang anda minati?
o PROSPEK- Selidik apakah Prospek kerjaya kelak dalam bidang yang anda... minat itu?
o AKADEMIK - Sesuaikah PILIHAN PROGRAM PENGAJIAN yang anda pilih dengan pencapaian Akademik anda? bak kata pepatah.... Ukur baju dibadan sendiri..
o PILIH - dapatkan pandangan dari ibu bapa, guru atau rakan-rakan mengenai program pengajian yang anda minat itu... tapi ingat, jangan terikut-ikut dengan kawan-kawan. Seterusnya...Buatlah PILIHAN dengan bijak....

PENDIDIKAN MAMPU MERUBAH NASIB DAN DESTINI KEHIDUPAN KITA...
RENUNG-RENUNGKAN LAH....UPU1

Jika Sijil Keputusan SPM@ PMR Anda Hilang....


PANDUAN PERMOHONAN SALINAN SIJIL KEPUTUSAN SPM/PMR

·
PANDUAN PERMOHONAN SALINAN KEPUTUSAN
  • Sijil (SPM/MCE) atau pernyataan asal (PMR/SRP/LCE) hanya dicetak sekali sahaja bagi peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan.  Salinan keputusan SPM / MCEdikeluarkan bagi menggantikan sijil yang hilang atau rosak.  Sementara bagi peperiksaan PMR/SRP/LCE hanya salinan pernyataan keputusan sahaja yang boleh dipohon.
  • Surat sumpah atau laporan polis yang asal perlu dikemukakan sekiranya permohonan dibuat melalui pos atau mewakilkan kepada orang lain untuk membuat permohonan.  Walau bagaimana pun surat sumpah atau laporan polis tidak diperlukan sekiranya pemohon datang sendiri.  Pemohon hanya perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti. 
  • Surat sumpah atau laporan polis hendaklah mengandungi maklumat berikut:  
    • Nama penuh yang digunakan semasa mengambil peperiksaan
    • Nombor kad pengenalan lama dan baru
    • Tarikh lahir
    • Nombor pusat mengambil peperiksaan  dan angka gilliran
    • Nama peperiksaan
    • Nama sekolah dan tahun mengambil peperiksaan.
  • Sertakan bersama salinan pernyataan atau sijil (sekiranya ada) untuk rujukan.  
  • Bayaran proses RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) dikenakan bagi setiap helaian salinan keputusan yang dipohon.  Bayaran boleh dibuat menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Pos (Money Order) atas nama ‘PENGARAH PEPERIKSAAN'.  Cek persendirian tidak diterima. Bayaran Tunai juga diterima di kaunter Lembaga Peperiksaan di lobi Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya. 
  • Lembaga Peperiksaan tidak akan mengeluarkan salinan keputusan atau salinan pernyataan keputusan jika didapati mana-mana peraturan di atas tidak dipatuhi atau butir-butir yang dikemukakan tidak benar.  Wang proses permohonan tidak akan dikembalikan.
> Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 0388843526 / 0388843528

Untuk Muat Turun Borang Mendapatkan Salinan Keputusan Peperiksaan > Tampal Alamat URL Ini Ke Tab Baru http://www.moe.gov.my/lp/files/borang/arkib/BorangPermohonanSalinanKeputusan.pdf


Friday, February 10, 2012

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PRA UNIVERSITI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI AKADEMIK 2012



Perhatian:

1. Hanya calon yang berstatus atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/Negeri sahaja yang layak memohon kursus ini.
2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh kemasukan.
3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2012. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
4. Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda TANPA HAD sebelum tarikh tutup permohonan. Namun begitu, anda perlu mengepos borang dan sijil SEKALI SAHAJA walaupun terdapat pengemaskinian maklumat peribadi.


Panduan Permohonan:

Semua pemohon dikehendaki mengikut prosedur permohonan seperti berikut:
1. Mengisi borang permohonan secara online dengan lengkap.Kemudian, tekan butang SIMPAN
2. Mencetak borang tersebut serta-merta. Kemudian isikan maklumat pada ruangan berikut dengan lengkap
        a. Ruang E. Ulasan Jurulatih
        b. Ruang F. Ulasan Penolong Kanan Sukan
        c. Ruang G. Perakuan
        d. Ruang H. Pengesahan
3. Poskan borang yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil kepada:
PENGARAH
BAHAGIAN SUKAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 1 & 7, BLOK E13, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(U.P: UNIT PENGURUSAN SEKOLAH SUKAN)
sebelum tarikh tutup permohonan
Nota penting:
Kegagalan pihak Jabatan untuk menerima borang lengkap yang diposkan seperti di perkara 3 di atas akan menyebabkan permohonan anda terbatal
Anda digalakkan membuat satu salinan borang yang telah lengkap untuk rujukan sendiri

Monday, February 6, 2012

STATISTIK
(Data pada 30 Jun 2011)

Bilangan Sekolah
Rendah Menengah Jumlah 7,714 2,282 9,996
Bilangan Murid (Enrolmen)
Prasekolah 178,622
Rendah 2,860,340
Menengah 2,327,427
Jumlah 5,366,389

Bilangan Guru
Lelaki Perempuan
Rendah 71,393 163,261
Menengah 55,455 121,933
Jumlah 126,848 285,194


PEPERIKSAAN
• UPSR: 218 hari lagi
• PMR: 246 hari lagi
• SPM: 273 hari lagi
• STAM: 253 hari lagi
• STPM: 273 hari lagi

Thursday, February 2, 2012

Pemberitahuan Kemaskini Borang Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2012/2013

Pemberitahuan Kemaskini Borang Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2012/2013

Bahagian Matrikulasi KPM akan membuka permohonan untuk mengemaskini borang permohonan mulai pada 06 Februari 2012 hingga 20 Februari 2012.

Pelajar SPM 2011 yang telah mengisi borang permohonan melalui internet diminta untuk mengemaskini maklumat tambahan melalui laman sesawang http://apps.moe.gov.my/permohonan_matrikulasi/kemaskini Untuk mengemaskini, pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor angka giliran SPMsahaja.

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4083 / 4036 / 4040 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).