Saturday, December 31, 2011

Lagu PRS Kebangsaan

http://youtu.be/ZKOnndiLFJ0">

Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi

www.mohe.gov.my/

Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia

www.moe.gov.my/

Tips Cemerlang dan Persediaan Peperiksaan

7 TIPS CEMERLANG DAN PERSEDIAAN PEPERIKSAAN

Tip ini di ambil daripada sebuah laman web untuk perkongsian yang manfaat


1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.


2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.


3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.


4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.


5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.


6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.


7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.

Jadi, bagaimana persediaan anda sekarang ?
Adakah anda sudah benar-benar bersedia ??

Friday, December 30, 2011

Jenis-jenis perkhidmatan

PERKHIDMATAN INVENTORI DAN REKOD PELAJAR





Mengendalikan fail bimbingan.








Bertanggungjawab mengumpul dan merekodkan butiran yang berkaitan dengan penilaian dan pentafsiran minat pelajar.








Mengawas perangkaan dan corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk tujuan kaunseling. Menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod pelajar.








Memberi maklumat objektif mengenai pencapaian, kemajuan dan prestasi pembelajaran pelajar bermasalah untuk tujuan pemulihan.








Menjalankan dan memberi pentafsiran atau kaji selidik yang berkaitan dan berguna untuk membantu perkembangan diri pelajar






PERKHIDMATAN PEMBERIAN MAKLUMAT

















Mengumpul, menyelia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional, latihan dan latihan kepada pelajar (melalui risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, hari kerjaya, pameran kerjaya, buletin sekolah)








Menambah dan mengemaskinikan fail-fail maklumat kerjaya dan peluang latihan, pelajaran, sosial dan peribadi








Memberi maklumat dan penerangan tentang pentingnya mengisi borang permohonan dengan tepat








Mengelola lawatan terancang kerjaya atau pelajaran ke kilang perusahaan atau tempat pekerjaan lain








Memberi maklumat tentang kerjaya dan lain-lain pertolongan yang diperlukan oleh guru dan masyarakat








Menyebarkan maklumat tentang pendidikan pencegahan dadah, AIDS, bahaya merokok dan inhalen













PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING KELOMPOK













Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang boleh menggalakan perkembangan konsep kendiri, vokasional, kognitif-afektif,psikososial, fizikal-seksual dan moral agama pelajar









Membincangkan mengenai sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu kelompok tertentu









Membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif untuk peperiksaan termasuklah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)






Menubuh dan melatih pasukan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan menyelia aktiviti mereka















PERKHIDMATAN KAUNSELING






- Kaunseling Individu / Kelompok













Pencapaian akademik tidak memuaskan








Rujukan yang dilakukan oleh guru-guru, ibu-bapa dan orang lain












Kerjaya, pelajaran dan peribadi









Tidak terlibat dengan aktiviti kokurikulum









Masalah didiplin seperti ponteng, budaya peleseran, merokok, bertumbuk, menggunakan dadah dan bahan inhalen







- Kaunseling Keluarga













Dijalankan sekiranya Guru Bimbingan dan Kaunseling mampu mengendalikannya









- Kaunseling Tunjuk Ajar












Guru Bimbingan dan Kaunseling mengadakan kelas untuk mengajar mengenai penilaian kendiri, penjelasan nilai, kemahiran-kemahiran berkomunikasi, menghadapi masalah membuat keputusan dan menghindar diri dari tercebur dalam penggunaan dadah dan inhalen








PERKHIDMATAN PENEMPATAN













Membantu pelajar memilih aktiviti kokurukulum berdasarkan kebolehan, minat kerjaya pilihan, dan kemampuan








Menjadi penyelaras menempatkan pelajar mengikuti program pengalaman bekerja (jika program seumpama ini diadakan)








Membantu Bahagian Pendidikan dan Vokasional dan Teknik dalam mengadakan sistem memperoleh data atau butiran yang perlu bagi laporan susulan mengenai pelajar lepasan sekolah vokasional dan teknik (khusus untuk sekolah menengah dan teknik)








Membantu menempatkan pelajar sekolah menengah untuk memasuki institusi-institusi pekerjaan












PERKHIDMATAN MENCEGAH PENGGUNAAN DADAH








Mengadakan bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau kaunseling tunjuk ajar dalam menanam dan memupuk sikap dan memberi nilai membenci dadah dan inhalen







Memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan bantuan pemulihan dan rawatan







Membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada kementerian atau Jabatan Pendidikan Negeri tentang program pencegahan dadah di peringkat sekolah













PERKHIDMATAN KONSULTASI DAN RUJUKAN










Membantu bekas pelajar sekolah berkenaan mengenai hal berkaitan dengan soal peribadi, kerjaya, pelajaran dan sebagainya apabila diminta







Membantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan mendalam mengenai program bimbingan di sekolah







Membantu ibu-bapa atau penjaga pelajar dalam hal berkait dengan kebajikan pelajar







Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi pekhidmatan bimbingan di sekolah







Merancang bersama dengan guru-guru tentang cara yang paling berkesan sekali untuk mengawasi kemajuan pelajar







Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes seperti penagihan dadah kepada agensi-agensi atau pakar-pakar, pegawai kebajikan dan sebagainya













PERKHIDMATAN KONFERENS DENGAN IBU BAPA










Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama mangawal kemajuanpelajar terutama dalam pelajaran







Menghubungi ibu-bapa atau penjaga jika pencapaian pelajar tidak memuaskan







Menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa pelajar baru







Bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga dalam mewujudkan disiplin dalam diri pelajar







Mengadakan kaunseling keluarga jika didapati pasti bahawa masalah yang dihadapi oleh pelajar berpunca daripada keluarga













PERKHIDMATAN PENYELARASAN RESOS















Peyelaras bagu aktiviti-aktiviti yang berhubung dengan kebajikan pelajar di antara sekolah dengan agensi lain







Menjadi punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum







Peyelaras bagi penglibatan majikan, agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah







Merancang dan menjadi penyelaras untuk mengusaha memperkenalkan lagi aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi-agensi komuniti setempat













PERKHIDMATAN PENILAIAN















Membuat penilaian aktiviti bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk memperbaikinya seperti Pembimbing Rakan Sebaya, Kem Jaya Diri, Lencana Anti Dadah dan motivasi pelajar







Menilai modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan di peringkat sekolah
























Jenis-jenis Perkhidmatan

Di dalam buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (1984),
telah menyatakan 10 perkhidmatan di dalam kaunseling di sekolah iaitu:

  • Rekod Perkhidmatan Inventori Individu dan Rekod Pelajar
  • Perkhidmatan Pemberian Maklumat
  • Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kelompok
  • Perkhidmatan Kaunseling
  • Perkhidmatan Penempatan
  • Perkhidmatan Pendidikan Pencegahan Dadah
  • Perkhidmatan Konsultasi dan Rujukan
  • Perkhidmatan Konferen dengan Ibubapa
  • Perkhidmatan Penyelarasan Resos
  • Perkhidmatan Penilaian

Peranan Kaunselor di Sekolah

American School Counselor Association (ASCA)
telah menggariskan 5 tanggungjawab professional kaunselor
sekolah seperti berikut:

  • Menolong pelajar untuk memahami dan mengenali diri sendiri
  • Menolong pelajar untuk bertingkah laku sesuai dengan diri sendiri
  • Membimbing pelajar untuk membuat keputusan sendiri
  • Bertindak sebagai penyebar maklumat
  • Pemberi maklumat kepada ibu bapa


Menurut John J. Schmidt
(Counseling in Schools, 2003)


  • Menyediakan khidmat kaunseling
  • Memberi nasihat dan bimbingan
  • Menyusun dan mengatur aktiviti serta program
  • Penilaian pelajar

Peranan Kaunselor di Sekolah

American School Counselor Association (ASCA)
telah menggariskan 5 tanggungjawab professional kaunselor
sekolah seperti berikut:

  • Menolong pelajar untuk memahami dan mengenali diri sendiri
  • Menolong pelajar untuk bertingkah laku sesuai dengan diri sendiri
  • Membimbing pelajar untuk membuat keputusan sendiri
  • Bertindak sebagai penyebar maklumat
  • Pemberi maklumat kepada ibu bapa


Menurut John J. Schmidt
(Counseling in Schools, 2003)


  • Menyediakan khidmat kaunseling
  • Memberi nasihat dan bimbingan
  • Menyusun dan mengatur aktiviti serta program
  • Penilaian pelajar
(Counseling in Schools, 2003(Counseling in Schools, 2003)



Peranan Kaunselor di Sekolah

Konsep 1 Malaysia

RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

v Budaya Berprestasi Tinggi

v Budaya Ketepatan

v Budaya Ilmu

v Intregriti

v Ketabahan

v Kesetiaan

v Kebijaksanaan

v Budaya Inovasi

Budaya Kerja Cemerlang Guru dan AKS

v Memahami dan menghayati

v Falsafah Pendidikan Kebangsaan

v Falsafah, Matlamat dan Objektif Sekolah

v Memelihara dan mempertingkatkan imej Sekolah, Jabatan dan kementerian Pendidikan setiap masa

v Mementingkan objektif (setiap tugas)

v Mengamalkan kerja secara bermesyuarat dan berpasukan

v Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan amanah

v Mengamalkan sikap jujur, ikhlas amanah serta adil

v Mengamalkan perkhidmatan penyayang

v Kepimpinan melalui teladan

v Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri

v Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran

v Kerja sebagai ibadah

Logo dan Lencana Sekolah

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

SEKSYEN 1 BANDAR KINRARA

WARNA-WARNA DAN IMEJ PADA LENCANA SEKOLAH

MERAH

Keberanian dan semangat yang membara menghadapi cabaran dan ancaman

HIJAU

Ketinggian akhlak dan moral berlandaskan agama

KUNING

Kesetiaan kepada raja yang berdaulat dan bertanggungjawab ke arah keharmonian diri dan masyarakat

LAKARAN ORANG DAN KOMPUTER

Melambangkan visi sekolah, melahirkan individu yang berilmu, bersahsiah tinggi dan dapat menerajui dunia maklumat terkini

Objektif Sekolah

1. Meningkatkan penguasaan pelajar dalam semua mata pelajaran dalam PMR dan SPM melalui program peningkatan prestasi akademik.

2. Melahirkan pelajar yang berdisiplin, berketrampilan, proaktif dan cenderung menyertai pelbagai aktiviti.

3. Melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi dan mempunyai jati diri melalui aktiviti HEM, Kokurikulum dan aktiviti kepimpinan.

4. Meningkatkan kerjasama sekolah dengan ibu bapa terutamanya PIBG pelajar dan sekolah.

5. Memperkasakan guru-guru agar berintegriti tinggi & sentiasa komited terhadap penguasaan ilmu dan pengamalan budaya kerja cemerlang.

Piagam Pelanggan

Kami warga
SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara
bertekad untuk:

  • Membimbing dan melahirkan pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum
  • Membentuk pelajar yang berilmu, berdaya saing, dan bersahsiah tinggi
  • Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, bersih, selamat dan menyeronokkan
  • Memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran selaras dengan perkembangan semasa
  • Memupuk semangat perpaduan, kerjasama, jati diri, dan toleransi dalam kalangan warga sekolah
  • Mewujudkan warga penyayang dan saling hormat-menghormati dalam kalangan ibu bapa dan masyarakat
  • Sentiasa memberi kerjasama kepada masyarakat dan agensi luar bagi memajukan sekolah

Visi, Misi dan Moto Kokurikulum

VISI

Melahirkan murid yang dapat menjana ketrampilan diri, daya kepimpinan, setia Negara serta mempunyai jati diri sebagai warganegara Malaysia selaras dengan usaha untuk melahirkan generasi insan yang unggul menjelang 2010

MISI

Meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran melalui pelbagai gerak kerja kegiatan luar bilik darjah.

Mewujudkan persekitaran yang kondusif serta budaya sekolah yang positif yang mampu memberi peluang murid untuk memperkembangkan bakat dan potensi diri

MOTO

Memupuk jati diri melalui aktiviti kokurikulum

Visi, Misi dan Moto Hem

VISI

Unit HEM menjadi peneraju utama dalam mewujudkan enviromen sekolah yang selamat, sihat, harmoni dan kondusif untuk pembangunan sahsiah serta kebajikan murid menjelang tahun 2011

MISI

1. Mewujudkan enviromen sekolah yang selamat dan harmoni melalui Program Integrasi Kaum.

2. Meningkatkan kawalan disiplin melalui pelaksanaan sistem penalti, penampilan badan pengawas dan kerjasama komuniti setempat.

3. Menjaga kebajikan murid melalui bantuan SPBT, aktiviti Badan Kebajikan dan melalui bantuan masyarakat agensi luar.

4. Berusaha memupuk sahsiah dan akhlak yang mulia dalam kalangan murid melalui Program Bina Insan dan Penerapan Nilai-nilai murni.

MOTO

Memperkasakan Kesejahteraan dan

Kebajikan Murid

Visi, Misi dan Moto Akademik

VISI

Unit Kurikulum adalah tonggak penjanaan minda bestari dan peneraju dunia kecemerlangan akademik

MISI

Merealisasikan warga pendidik yang profesional;

Menyediakan kemudahan akademik yang lengkap dan berfungsi;

Melaksanakan program akademik yang terancang; dan

Melahirkan murid yang cemerlang akademik serta berfikiran kreatif dan kritis

MOTO

Pembangunan insan melalui pendidikan cemerlang

Visi, Misi dan Moto Sekolah/KPM dan Slogan Sekolah

VISI

sekolah Unggul

Penjana Generasi Terbilang

MISI

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

MATLAMAT

v Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.

v Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera.

v Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.

v Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia

MOTO SEKOLAH

Berilmu, berketrampilan dan berakhlak mulia.

SLOGAN SEKOLAH


''KINRARA 1 CEMERLANG''