Friday, December 30, 2011

Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara telah dibuka pada Januari 2002 diterajui oleh Pengetua pertama, Puan Noorul Aini bt Ambak, semasa sekolah bermula terdapat 27 guru dan 4 anggota kumpulan sokongan. Kumpulan pelajar pertama adalah 445 orang.

Sejak penubuhannya hingga kini, sekolah telah diterajui oleh lima orang pengetua yang berwibawa. Pengetua pertama ialah Puan Noorul Aini bt Ambak (2001-2004), kedua oleh YBhg Datin Rohani bt Mustaffa (Ogos 2004 – September 2006), ketiga Puan Fadzillah bt Maarif (Oktober 2006 – 15 Februari 2009), keempat oleh Puan Hjh Zuraidah bt Hj Mohamad (16 Februari 2009 – 16 Julai 2009) dan pada 16 Julai 2010 hingga kini diterajui oleh Tuan Hj. Khany bin Mohd Yusof.

Pada tahun 2002, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan. Badan ini memainkan peranan penting membantu memajukan sekolah. Yang di Pertua pertama disandang oleh Encik Mohd Azman Lim bin Abdullah (2002-2003), kedua Encik Mohd Effendi bin Ismail (2003-2005), ketiga Allahyarham Encik Mohd Kusnin bin Morid (2005-2009) keempat oleh YBhg Dato’ Mohd Radzi bin Ahmad (2009 hingga 2010), dan kini disandang oleh Encik Abd Karim bin Ali (mulai Mac 2010)

SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara juga mempunyai identitinya sendiri iaitu bendera sekolah, lencana, moto, lagu sekolah dan slogan sekolah tersendiri. Bendera, lencana dan lirik lagu sekolah telah dicipta oleh pengetua pertama, Puan Noorul Aini bt Ambak. Sementara lagu dicipta oleh penggubah lagu Encik Zubir bin Ali.

Kini bilangan tenaga pengajar pada 2010 adalah 76 orang 9 anggota kumpulan sokongan dan 1173 orang pelajar.


GRED JAWATAN

GURU

MELAYU

CINA

INDIA

JUMLAH

L

P

L

P

L

P

DG 48

1

3

0

2

0

0

6

DG 44

1

13

0

6

1

3

24

DG 41

2

24

0

4

1

6

37

DC 41

2

7

0

0

0

0

9

JUMLAH

6

47

0

12

1

9

76

ENROLMEN GURU, AKS DAN MURID JANUARI 2011

TINGKATAN

MELAYU

CINA

INDIA

LAIN-LAIN

JUMLAH

L

P

L

P

L

P

L

P

PERALIHAN

0

0

3

5

3

0

0

0

11

TING. 1

60

33

35

40

18

23

1

0

210

TING. 2

39

52

53

45

22

29

2

0

242

TING. 3

56

53

26

47

28

19

0

1

230

TING. 4

46

61

51

37

25

32

2

1

255

TING. 5

58

47

31

47

26

15

0

1

225

JUMLAH BESAR

259

246

199

221

122

118

5

3

1173

No comments:

Post a Comment