Friday, December 30, 2011

Jenis-jenis perkhidmatan

PERKHIDMATAN INVENTORI DAN REKOD PELAJAR





Mengendalikan fail bimbingan.








Bertanggungjawab mengumpul dan merekodkan butiran yang berkaitan dengan penilaian dan pentafsiran minat pelajar.








Mengawas perangkaan dan corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk tujuan kaunseling. Menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod pelajar.








Memberi maklumat objektif mengenai pencapaian, kemajuan dan prestasi pembelajaran pelajar bermasalah untuk tujuan pemulihan.








Menjalankan dan memberi pentafsiran atau kaji selidik yang berkaitan dan berguna untuk membantu perkembangan diri pelajar






PERKHIDMATAN PEMBERIAN MAKLUMAT

















Mengumpul, menyelia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional, latihan dan latihan kepada pelajar (melalui risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, hari kerjaya, pameran kerjaya, buletin sekolah)








Menambah dan mengemaskinikan fail-fail maklumat kerjaya dan peluang latihan, pelajaran, sosial dan peribadi








Memberi maklumat dan penerangan tentang pentingnya mengisi borang permohonan dengan tepat








Mengelola lawatan terancang kerjaya atau pelajaran ke kilang perusahaan atau tempat pekerjaan lain








Memberi maklumat tentang kerjaya dan lain-lain pertolongan yang diperlukan oleh guru dan masyarakat








Menyebarkan maklumat tentang pendidikan pencegahan dadah, AIDS, bahaya merokok dan inhalen













PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING KELOMPOK













Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang boleh menggalakan perkembangan konsep kendiri, vokasional, kognitif-afektif,psikososial, fizikal-seksual dan moral agama pelajar









Membincangkan mengenai sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu kelompok tertentu









Membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif untuk peperiksaan termasuklah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)






Menubuh dan melatih pasukan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan menyelia aktiviti mereka















PERKHIDMATAN KAUNSELING






- Kaunseling Individu / Kelompok













Pencapaian akademik tidak memuaskan








Rujukan yang dilakukan oleh guru-guru, ibu-bapa dan orang lain












Kerjaya, pelajaran dan peribadi









Tidak terlibat dengan aktiviti kokurikulum









Masalah didiplin seperti ponteng, budaya peleseran, merokok, bertumbuk, menggunakan dadah dan bahan inhalen







- Kaunseling Keluarga













Dijalankan sekiranya Guru Bimbingan dan Kaunseling mampu mengendalikannya









- Kaunseling Tunjuk Ajar












Guru Bimbingan dan Kaunseling mengadakan kelas untuk mengajar mengenai penilaian kendiri, penjelasan nilai, kemahiran-kemahiran berkomunikasi, menghadapi masalah membuat keputusan dan menghindar diri dari tercebur dalam penggunaan dadah dan inhalen








PERKHIDMATAN PENEMPATAN













Membantu pelajar memilih aktiviti kokurukulum berdasarkan kebolehan, minat kerjaya pilihan, dan kemampuan








Menjadi penyelaras menempatkan pelajar mengikuti program pengalaman bekerja (jika program seumpama ini diadakan)








Membantu Bahagian Pendidikan dan Vokasional dan Teknik dalam mengadakan sistem memperoleh data atau butiran yang perlu bagi laporan susulan mengenai pelajar lepasan sekolah vokasional dan teknik (khusus untuk sekolah menengah dan teknik)








Membantu menempatkan pelajar sekolah menengah untuk memasuki institusi-institusi pekerjaan












PERKHIDMATAN MENCEGAH PENGGUNAAN DADAH








Mengadakan bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau kaunseling tunjuk ajar dalam menanam dan memupuk sikap dan memberi nilai membenci dadah dan inhalen







Memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan bantuan pemulihan dan rawatan







Membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada kementerian atau Jabatan Pendidikan Negeri tentang program pencegahan dadah di peringkat sekolah













PERKHIDMATAN KONSULTASI DAN RUJUKAN










Membantu bekas pelajar sekolah berkenaan mengenai hal berkaitan dengan soal peribadi, kerjaya, pelajaran dan sebagainya apabila diminta







Membantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan mendalam mengenai program bimbingan di sekolah







Membantu ibu-bapa atau penjaga pelajar dalam hal berkait dengan kebajikan pelajar







Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi pekhidmatan bimbingan di sekolah







Merancang bersama dengan guru-guru tentang cara yang paling berkesan sekali untuk mengawasi kemajuan pelajar







Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes seperti penagihan dadah kepada agensi-agensi atau pakar-pakar, pegawai kebajikan dan sebagainya













PERKHIDMATAN KONFERENS DENGAN IBU BAPA










Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama mangawal kemajuanpelajar terutama dalam pelajaran







Menghubungi ibu-bapa atau penjaga jika pencapaian pelajar tidak memuaskan







Menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa pelajar baru







Bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga dalam mewujudkan disiplin dalam diri pelajar







Mengadakan kaunseling keluarga jika didapati pasti bahawa masalah yang dihadapi oleh pelajar berpunca daripada keluarga













PERKHIDMATAN PENYELARASAN RESOS















Peyelaras bagu aktiviti-aktiviti yang berhubung dengan kebajikan pelajar di antara sekolah dengan agensi lain







Menjadi punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum







Peyelaras bagi penglibatan majikan, agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah







Merancang dan menjadi penyelaras untuk mengusaha memperkenalkan lagi aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi-agensi komuniti setempat













PERKHIDMATAN PENILAIAN















Membuat penilaian aktiviti bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk memperbaikinya seperti Pembimbing Rakan Sebaya, Kem Jaya Diri, Lencana Anti Dadah dan motivasi pelajar







Menilai modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan di peringkat sekolah
























No comments:

Post a Comment