Thursday, March 22, 2012

Biasiswa Petronas 2012


Biasiswa Petronas 2012 | Petronas sekali lagi menawarkan biasiswa pendidikan peringkat universiti kepada calon-calon SPM 2011 di dalam bidang-bidang khusus berkaitan industri minyak dan gas.
Permohonan dipelawa daripada calon-calon yang memiliki latarbelakang pencapaian akademik yang cemerlang di samping mempunyai sifat kepimpinan yang terbukti melalui penglibatan aktif di dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum, sosial serta kesukarelawanan.
Program Biasiswa Pendidikan PETRONAS adalah penajaan yang berbentuk biasiswa. Program ini terbuka kepada program sarjana muda di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) atau universiti luar negara.
PROGRAM DI UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP)
Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti program di UTP dikehendaki menjalani serta lulus Program Pengajian Asas (1 tahun) di UTP sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.
PROGRAM DI UNIVERSITI LUAR NEGARA
Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti program di universiti luar negara dikehendaki menjalani serta lulus Program Pengajian Asas (12 hingga 24 bulan) di kolej-kolej persediaan program luar negara di Malaysia sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.

Syarat Asas Memohon Biasiswa Petronas 2012

  • Calon-calon mestilah menggunakan keputusan SPM 2011.
  • Calon-calon mestilah warganegara Malaysia.
  • Calon-calon mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2012.
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.

    Cara Memohon Biasiswa Petronas :

    1. Permohonan mestilah dibuat secara “online” sahaja melalui laman sesawang berikut : http://spmonline.petronas.com.my/index.php
    2. Sila baca dengan teliti Panduan Permohonan dan Panduan Mengisi Borang. Untuk muat turun, sila klik Panduan Permohonan dan Panduan Mengisi Borang.
    3. Bagi permohonan Biasiswa Pendidikan PETRONAS ke Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), pemohon dikehendaki mengisi 2 borang :-
      i) Kemasukan ke UTP di laman web http://www.utp.edu.my
      DAN
      ii) Program Biasiswa Pendidikan PETRONAS ke UTP di laman ini.
      • Sekiranya anda tidak berbuat demikian, permohonan anda tidak akan diproses.
      • Unit “Sponsorship & Talent Sourcing” PETRONAS akan menyemak status permohonan anda ke UTP melalui Unit Kemasukan Pelajar UTP.
    4. Bagi permohonan Biasiswa Pendidikan PETRONAS ke Universiti Luar Negara, pemohon dikehendaki mengisi borang di laman berikut : http://spmonline.petronas.com.my/index.php
    5. Ibu bapa dinasihatkan supaya memohon bagi pihak pelajar yang sedang mengikuti kursus Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) atau berada di luar negara.

    Pertanyaan :

    Jika anda menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi talian berikut :
    Helpdesk
    Program Biasiswa Pendidikan PETRONAS
    Tel :             03-2331 2277      
    UTP Admission
    (            05-368 8407       / 8156 / 8345 / 8359)
    Isnin – Jumaat
    (9 pagi – 5 petang)
    Sabtu dan Ahad
    (10 pagi – 3 petang)
    Pemohon yang disenarai-pendek akan dipanggil untuk melalui proses penilaian di “PETRONAS EduQuest Camp” pada bulan April 2012. Proses pemilihan terakhir akan dibuat selepas “PETRONAS EduQuest Camp”.

    Keputusan Tawaran Biasiswa Petronas 2012 :

    Keputusan tawaran biasiswa petronas 2012 akan dimaklumkan pada bulan Mei 2012.
    Permohonan secara “online” dibuka mulai 9.00 pagi, 21 Mac 2012.
    Tarikh tutup permohonan adalah pada 5.00 petang, 28 Mac 2012.
    UNTUK MEMOHON, SILA KLIK BORANG PERMOHONAN.


No comments:

Post a Comment