Saturday, February 25, 2012

Jika Sijil Keputusan SPM@ PMR Anda Hilang....


PANDUAN PERMOHONAN SALINAN SIJIL KEPUTUSAN SPM/PMR

·
PANDUAN PERMOHONAN SALINAN KEPUTUSAN
  • Sijil (SPM/MCE) atau pernyataan asal (PMR/SRP/LCE) hanya dicetak sekali sahaja bagi peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan.  Salinan keputusan SPM / MCEdikeluarkan bagi menggantikan sijil yang hilang atau rosak.  Sementara bagi peperiksaan PMR/SRP/LCE hanya salinan pernyataan keputusan sahaja yang boleh dipohon.
  • Surat sumpah atau laporan polis yang asal perlu dikemukakan sekiranya permohonan dibuat melalui pos atau mewakilkan kepada orang lain untuk membuat permohonan.  Walau bagaimana pun surat sumpah atau laporan polis tidak diperlukan sekiranya pemohon datang sendiri.  Pemohon hanya perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti. 
  • Surat sumpah atau laporan polis hendaklah mengandungi maklumat berikut:  
    • Nama penuh yang digunakan semasa mengambil peperiksaan
    • Nombor kad pengenalan lama dan baru
    • Tarikh lahir
    • Nombor pusat mengambil peperiksaan  dan angka gilliran
    • Nama peperiksaan
    • Nama sekolah dan tahun mengambil peperiksaan.
  • Sertakan bersama salinan pernyataan atau sijil (sekiranya ada) untuk rujukan.  
  • Bayaran proses RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) dikenakan bagi setiap helaian salinan keputusan yang dipohon.  Bayaran boleh dibuat menggunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman Wang Pos (Money Order) atas nama ‘PENGARAH PEPERIKSAAN'.  Cek persendirian tidak diterima. Bayaran Tunai juga diterima di kaunter Lembaga Peperiksaan di lobi Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya. 
  • Lembaga Peperiksaan tidak akan mengeluarkan salinan keputusan atau salinan pernyataan keputusan jika didapati mana-mana peraturan di atas tidak dipatuhi atau butir-butir yang dikemukakan tidak benar.  Wang proses permohonan tidak akan dikembalikan.
> Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 0388843526 / 0388843528

Untuk Muat Turun Borang Mendapatkan Salinan Keputusan Peperiksaan > Tampal Alamat URL Ini Ke Tab Baru http://www.moe.gov.my/lp/files/borang/arkib/BorangPermohonanSalinanKeputusan.pdf


1 comment: